Tuesday, 24 May 2011

Boys Over Flowers VS My Lovely Samsoon

Selamat Siang...

Hye semua...!! Apa la korang tengah buat ye? Hmm... rajin2 la singgah blog aku tauuu.. Aku akan cuba rajin2 kan diri dengan menghapdet selalu. hihihi.. Okla korang pernah tengok drama korea tak? Tipula if cakap xpernah kan! Sesape yang tak pernah tengok drama korea aku nak cakap yang korang memang RUGI. Yes memang rugi giler2 especially untuk korang yang suka tengok cerita yang romantik, suka layan jiwang. 

Ala, tak perlu la tengok selalu kan, just tengok untuk release tension pun jadilah. aku tau banyak lagi benda berfaedah yang korang boleh buat tapi seriously korang takkan rugi if tengok dua cerita kat bawah ni. aku pun baru je layan cerita ni. Aku tau aku dah outdated sebab drama yang aku nak suggest kat korang ni dah lama dah korang tengok. Aku je yang baru terhegeh-hegeh nak tengok. =_="



Boys Over Flowers
My Lovely Samsoon <3





Aku baru selesai tengok drama Boys Over Flowers dengan My Lovely Samsoon. Sebenarnya aku layan banyak gak drama korea sebelum ni tapi sejak aku duk kat asrama mana ada kesempatan nak tengok kan. Jadi tengah cuti sem ni je la dapat layan satu dua cerita yang best. After aku tengok dua drama ni aku rasa memang best sangat. jalan cerita dia agak menarikla untuk orang yang suka tengok drama cintan-cintun ni. hihihi..So, Let's Check It Out sinopsis ringkas drama ni. :)



 Boys Over Flowers:

Drama Boys Over Flowers dibintangi oleh empat orang jejaka yang sangat cool and handsome dan seorang pelakon perempuan yang cantik dan comey sangat. Antaranya pelakon tersebut ialah: Lee Min-Ho, Kim Hyun-Joong, Kim Joon, dan Koo Hye Seon.


Pelakon Utama Boys Over Flowers-Ketua F4 (handsome kan) 


Banyak jugak scene Kim Hyun-Joong dalam drama ni :)
Geum Jandi- main actress BOF! cantik sangat kan?!

Drama ni berkisarkan tentang kehidupan seorang pelajar perempuan yang bernama Geum Jandi berasal dari sebuah keluarga yang miskin  telah ditawarkan biasiswa ke sebuah kolej yang sangat terkenal kat korea. Geum Jandi seorang yang berjiwa kental berjumpa dengan sekumpulan lelaki yang diberi nama F4. Kumpulan F4 memang digilai ramai kat kolej tu sebab kekacakan diorang. Heheh..tapi diorang memang belagak giler.. yela, handsome, kaya, pandai=full package la kan! Manala nak pandang orang lain dah Banyak yang perempuan ni lalui lepas jumpa F4. If korang nak tau lebih lanjut, korang kenala tonton sendiri. Memang best sangat2! aku bagi 4.5 per 5 Stars kat drama ni!


Kim Bum salah seorang ahli kumpulan F4. Comey jeee!

Kim Joon tak banyak peranan sangat tapi still menonjol! ^_^
 
Final Episod BOF




My Lovely Samsoon:

Drama My Lovely Samsoon pulak mengisahkan tentang seorang perempuan yang bernama Samsoon. Samsoon seorang perempuan yang tak puas hati kat nama sendiri dan cuba cari jalan untuk menukar nama dia. Aku kesian gak la kat perempuan ni sebab ditinggalkan oleh pakwe dia. bagi aku pakwe dia takde la handsome mana pun. Kalau dah perangai buruk, muka handsome pun jadi buruk kan..haha..perempuan ni walaupun takla cun mana tapi dia ada bakat yang besar, pandai buat kek, roti & macam2 lagi.
Hyun Bin-Pelakon Utama! (macho kan?) :)

Last Episode of My Lovely Samsoon :)


Disebabkan bakat die, dia diambil keje kat satu restoran. lama-lama dia bercinta dengan bos dia. bos dia handsome jugak tau. Aku suka je tgk bos dia ni sebab bos dia nampak cool je.. hehe..nama pelakon drama ni: Kim Sun, Hyun Bin dan ramai lagi. Drama ni simple je tapi menarik. tak rugi if korang tengok! Drama ni aku bagi 3.5 dari 5!

comey kan kan kan? hehe..
Handsome kootttttt!
 thanks 4 reading! ok byeeee! ^_^

p/s: sumber uncle google!

Monday, 23 May 2011

Hargailah orang yang TERSAYANG. jangan MENYESAL dikemudian hari.

Salam semua,

Korang perasan tak entri permulaan blog ni semua macam sedih2 je kan? nanti aku cuba tak sedih2 ok? hehe aku tengah terkenangkan kata2 "hargailah orang tersayang"! korang ingat tak iklan jalan raya dulu2? Iklan yang suruh kita semua ikat tali pinggang keledar? tagline dia cakap ingatlah orang tersayang kan.. haaa Ingatlah orang tersayang samala maksudnya dengan hargai orang tersayang kita. rasanya mesej tu yang nak disampaikan oleh iklan jalan raya dulu kan..jangan drive laju2, pakai tali pinggang keledar, ingatla orang yang korang sayang atau orang sayang korang menanti korang kat umah. lebih kurang camtula maksudnya. hmmm.

Kenapa tiba2 aku cakap pasal hargaila orang tersayang ni? ha..sebelum aku jawab persoalan tu. aku nak tanya korangla kan.. korang hargai tak orang yang sayang korang? korang pernah cakap tak yang korang sayang kat diorang? orang tersayang yang aku maksudkan kat sini bukan bermaksud pakwe, makwe, bf/gf korang semata-mata tau..korang jangan salah tafsir pulak..hikhik.. orang tersayang kat sini bermaksud orang yang berada dekat dengan korang..kawan2 korang, family korang sendiri dan banyak lagi.


Aku sure, korang mesti jarang cakap korang sayang kat family korang, kat orang sekeliling korang kan..kan..kan?? mengaku je la..hehehe (ke aku je camtu? =_=") Seriously, aku perasan yang most of us jarang cakap yang kita sayang kat family, kawan2, siblings and semuala bila semua orang tu masih ada kat sekeliling kita. tapi bila orang tu dah takde, dah pejam mata, barulah korang akan rasa menyesal. menyesal giler sebab korang tak penah ekspress rasa kasih sayang kat orang tersayang tu. dah banyak kes macam tu. lepas orang yang korang sayang dah takda, barula korang akan terkenang segala kebaikan, kenangan bersama orang tersebut.

Tapi masa tu dah tiada gunanya sebab orang yang korang sayang tu dah tiada. korang dah takkan dengar lagi dah gelak tawa, kata2 orang tersebut. korang takkan dapat lihat lagi mimik muka orang yang korang sayang tu waktu marah, sedih dan gembira. korang takkan dapat dengar lagi segala nasihat, bebelan dari orang tersayang korang. semua tu hanya tinggal kenangan. Jadi, hargailah orang tersayang korang semasa orang tu masih bernyawa. jangan korang menyesal dikemudian hari.


p/s: nak jawab soalan kat atas: aku tulis entri ni sebab aku makin sedar yang makin ramai orang yang aku kenal meninggalkan dunia ni..mungkin lepas ni giliran aku.. hanya tuhan je yg tahu.. jadi, jomla kita semua berfikir sejenak dan mengambil peluang untuk ucapkan rasa sayang kita kat orang tersayang kita.. :)

Hilang dimata KEKAL dihati

Sedih. Ya. masih sedih dengan berita semalam. tak dapat menjenguk arwah buat kali terakhir.. semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. amin. benar kata pepatah Melayu dulu2.. 



   Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan NAMA


aku takkan pernah lupa cikgu yang pernah mengajar aku. masa aku kat sekolah dulu aku memang terkenal jugak la dikalangan cikgu-cikgu sekolah. mungkin sebab muka aku ni lain sikit daripada orang lain, jadi cikgu senangla nak ingatkan..kononnya la. lagipun aku ni pengawas masa kat sekolah, jadi cikgu memang ingat muka aku. nak kata aku ni baik sangat tu xdala. memang nakal gak dulu, sebab tu dilantik jadi pengawas. agaknya cikgu kelas aku dah bengang sangat dengan kenakalan aku. haha.. maafkan saya cikgu. saya sayang semua cikgu saya.

cikgu, walaupun cikgu dah tak da, dah pergi meninggalkan kami semua, cikgu dah hilang dari mata kami semua, tapi cikgu akan terus kekal dihati kami. kami takkan lupakan cikgu. sayang cikgu sangat2. Al-Fatihah untuk cikgu.. :'(

aku redha dengan kepergian cikgu aku yang tersayang..ajal maut itu ketentuan tuhan.

Firman Allah S.W.T.:
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang
kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan
menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang
nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu
telah lakukan (serta membalasnya) ". - Al-Jumu'ah (62)
: 8

Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Ainuddin Ismail

Assalamualaikum..

      Baru saja duk mengedit blog, tiba-tiba dapat berita yang sangat2 mengejutkan.. hilang segala mood untuk menhapdet entri baru.. sambil mengusya fb, terbaca status rakan yang mengatakan cikgu kesayangan masa kat convent dulu dah meninggal dunia..terhenti kata2..mengalir jua air mata dipipi bila teringat kembali semua kenangan masa dibawah didikan arwah dulu.. arwah mengajar kami semua subjek pendidikan seni dengan ICT. arwah seorang guru yang sangat baik..baik yang amat..xdapat nak jelaskan kebaikan arwah..hanya Allah dapat membalas jasa arwah.. arwah seorang yang peramah, suka membuat lawak.. arwah tak sombong dengan pelajarnya.. arwah tak lokek dengan senyuman, sentiasa membuat kami geli hati dengan lawak kering arwah..
 
      Arwah jugak tak pernah marah kami semua..biarpun arwah nampak garang tapi arwah tak pernah marah bila kami bising, tak mendengar kata2 arwah. arwah ajar memang bersungguh2..dan arwah sentiasa bg smgt and pujian kt student..arwah mmg guru yg terbaik.. sambil menaip entri ni, hati aku menangis dengan teruk sekali..sungguh aku tak lupa segala gurauan arwah masa mengajar kami dulu.. arwah mengajar aku selama tiga tahun..bermula dari form one sampai form three.. sedihnyaaaa.. yaAllah, tempatkanla arwah dikalangan org yg beriman... semoga arwah tenang kat sana.. amin... T______T





 

Salam Berkenalan daripada seorang BLOGGER baru

Salam Berkenalan Semua... :)

Sudah dua kali aku cuba berkecimpung dalam dunia blog, tapi kerana sikap hangat-hangat tahi ayam, aku gagal menhapdet blog aku..jadi salam berkenalan diucapkan kepada semua yang sudi membaca blog aku yang tidak seberapa ini..harapan aku ialah semoga blog ini akan diupdate dengan kerap tidak hangat2 tahi ayam macam dulu lagi.. aku blogger baru.. perlukan tunjuk ajar daripada semua.. terima kasih semua.. :)